Proses memohon pinjaman perumahan boleh jadi semudah ABC atau serumit teka-teki tanpa jawapan – semuanya bergantung pada persediaan anda! Jika anda seorang yang teliti, penyediaan dokumen hanyalah seperti petik jari.
Tetapi bagi sesetengah orang, proses ini boleh menjadi sakit kepala kerana perlu mencari, menyusun, dan menyerahkan pelbagai dokumen. Tetapi.... anda jangan risau! Artikel ini akan membantu anda memahami dengan mudah mengenai dokumen-dokumen yang diperlukan.

Jenis dokumen yang diperlukan mungkin berbeza sedikit berdasarkan kepada sama ada pemohon adalah seorang pekerja atau bekerja sendiri.
Jika anda adalah seorang pekerja dibawah sesuatu syarikat…
Sesalinan kad pengenalan
Sesalinan surat tawaran pembelian rumah
Sesalinan slip gaji dan penyata bank yang terkini selama 3 bulan
Sesalinan penyata bagi akaun KWSP yang terkini
Sesalinan Borang EA yang terkini
Sesalinan Borang Cukai Pendapatan (Borang B/BE) yang terkini berserta dengan resit pembayaran
Sesalinan penyata deposit yang terkini seperti: deposit tetap, ASB atau Bon
Jika anda adalah seorang yang bekerja sendiri…
Sesalinan kad pengenalan
Sesalinan surat tawaran pembelian rumah
Sesalinan penyata bank yang terkini bagi Syarikat tersendiri selama 6 bulan
Sesalinan penyata bank Peribadi yang terkini selama 6 bulan terkini
Sesalinan penyata deposit yang terkini seperti: deposit tetap, ASB atau Bon
Sesalinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
Setelah menyerahkan permohonan pinjaman berserta dengan dokumen-dokumen yang berkenaan, pemohon perlu menunggu Surat Tawaran Pinjaman (Letter of Offer) dari Bank. Ia mengandungi jumlah pinjaman, tempoh bayaran balik, kadar faedah, dan syarat pinjaman yang perlu dipersetujui sebelum perjanjian rasmi dimeterai.
Dan, selepas menandatangani Surat Tawaran Pinjaman tersebut, pembeli / peminjam perlu membayar deposit pendahuluan sebanyak 2% hingga 3% daripada harga pembelian kepada ejen.
Akhir sekali, adalah penandatangan pada perjanjian pinjaman itu sendiri, sebelum baki harga pembelian dibayar. Perjanjian pinjaman ini adalah antara pembeli / peminjam dan bank. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:
Letter of Appointment – Surat pelantikan dari peminjam yang melantik Firma dalam menguruskan proses jual beli dan pinjaman.
Facilities Agreement – Perjanjian utama antara peminjam dan bank yang menetapkan terma dan syarat pinjaman.
Deed of Assignment (DOA) – Untuk hartanah tanpa geran individu/strata, perjanjian ini mengesahkan pemindahan hak kepada pembeli / peminjam.
Power of Attorney (PA) – Untuk hartanah tanpa geran individu/strata, Surat kuasa yang membenarkan pihak tertentu (biasanya peguam) untuk bertindak bagi pihak pembeli dalam hal berkaitan hartanah.
Charge (Form 16A) – Untuk hartanah dipegang geran individu/strata, dokumen ini mendaftarkan cagaran (charge) ke atas hartanah di bawah nama bank sehingga pinjaman diselesaikan.
Annexures – Lampiran tambahan yang mengandungi terma-terma berkaitan seperti kadar faedah, jadual pembayaran, dan syarat khas yang ditetapkan oleh bank.
Letter of Guarantee (jika berkaitan) – Jika terdapat penjamin (guarantor), dokumen ini menyatakan tanggungjawab mereka sekiranya peminjam gagal membuat bayaran.
Letter of Indemnity – Surat yang melindungi pihak tertentu (seperti bank dan firma) daripada sebarang tuntutan atau liabiliti berkaitan pinjaman.
Statutory Declaration – Surat akuan berkanun yang mengesahkan bahawa pembeli / peminjam adalah seorang yang tidak bankrap dan sedia maklum berkenaan dengan perjanjian jual beli dan pinjaman dari bank.
Kami berharap artikel ini membantu anda serba sedikit dalam memahami proses memohon pinjaman perumahan di Malaysia dengan lebih baik. Semoga berjaya dalam permohonan pinjaman untuk memiliki rumah impian anda!
Rujukan:
PropertyGuru. (2024). Menyediakan Dokumen Pinjaman Perumahan. https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/menyediakan-dokumen-pinjaman-perumahan-37532
Bank Negara Malaysia. (2021). Garis Panduan Pembiayaan Perumahan. https://www.bnm.gov.my.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2021). Proses Permohonan Pinjaman Perumahan https://www.kpkt.gov.my.
CIMB Bank. (2021). Panduan Memohon Pinjaman Perumahan. https://www.cimb.com.my.
Maybank. (2021). Dokumen Diperlukan untuk Permohonan Pinjaman Perumahan. https://www.maybank2u.com.my.
Untuk maklumat lanjut mengenai Perjanjian Jual Beli ataupun Permohonan Bantuan Pinjaman dari Bank, anda boleh hubungi kami bagi mendapatkan bantuan sebutharga (quotation) pada bila-bila masa.
Klik pautan ini: https://wa.me/60182886525 atau hubungi kami seperti dibawah:-
FB page: https://www.facebook.com/messrsdwc
Instagram: https://www.instagram.com/donnywongnco
Website: www.dwc.com.my
Messrs. Donny Wong & Co.
📌: D2-U1-3 & 3A Solaris Dutamas (Publika), No. 1, Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur
📞: (Conveyancing & Banking) +6011 1628 1943| +603 6420 1294
(General) +6018 288 6525
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Legal Disclaimer
We trust that you have gained some information from this article. If you have any specific questions related to this article, please contact us at askdwc@dwc.com.my.
Kommentare